sebab aku perempuan...
hye darls. seems i cant wait. hehe.
well korang tau pasal the new show dekat oasis? liga ilmu? briefly, this show macam debat between ustazah pilihan vs imam muda. few week agao aku ade baca fynn jamal's post pasal liga ilmu ni. tym tu aku ignore je laa sebab tak pernah tengok pon. tapi tadi, after one commercial break aku macam rasa nak p balun ustazah dengan imam tu cakap leklok sikit. satu benda pon tak mantap. huhuhu sedih.
btw, this post bukan nak condemn diorang ke apa. aku juz nak write something (as i promised in my previous post) yang related dengan tajuk debat tadi
KEBEBASAN; Kenapa kekangan kepada wanita?
dulu masa dekat tanah arab kecoh2 pasal perempuan insist nak hak yang sama rata macam lelaki, aku sikit rasa sedih. why cant they see the way i see. aku rasa peraturan kt tanah arab tu (walaupun ade sesetengah nya yang agak over) tapi still bagi banyak keistimewaan kepada wanita. first, wanita tak boleh berkerja. kalu kita tengok betul2 pon, memang tugas mencari rezeki tu tanggungjawab suami dan ayah. bukan ibu atau isteri. so perempuan memang sepatutnya dilayan seperti permaisuri. kan seronok. nak duit mintak je. nak pergi mana2 ade orang hantar. nak jalan ade orang teman. memang laa kurang freedom sikit. tapi maruah tu insyallah terpelihara.haha. kadang2 aku rasa nak gelak bila bercakap soal freedom. dalam liga ilmu tadi pon, ape laa freedom ke human right yang kita sibuk2 perjuangkan. perempuan sekarang nak sangat freedom. nak sangat dipandang sama rata macam lelaki. tak nak dipandang lemah. ah. buang laa semua. tu poyo je. monolog diri sendiri yang nakkan perhatian. setan. bila disuruh pakai tudung, ramai nak bangkang. konon perjuangkan freedom nak free hair macam lelaki. yang engkau taknak appreciate freedom kau bole pakai tudung tanpa orang pandang pelik kenapa? tiap2 hari kau bole tukar tudung. nak kaler ape. merah, biru, pink, oren, semua kau bole pakai. nak yang corak polka dot, animal printed tak pon bunga2, semua kau bole ade. kenapa kau tak nak perjuangkan freedom yang itu. hak engkau untuk ade lebih dari satu tudung. hak engkau untuk tukar tudung tiap2 hari. kenapa kau mesti highlight nak free hair jugak? nak berjalan dengan rambut engkau yang telanjang. yang 2 3 bulan sekali baru tukar fesyen. kan kalau pakai tudung hari2 kau bole tukar fashion. hari ni macam hana tajima. esok macam yuna. lusa nak pakai tudung fareeda. tulat kau pakai tudung labuh macam ALLAH suruh. itukan freedom jugak. freedom yang entah kenapa ramai perempuan suka tolak ke tepi.
another thing is bila cakap pasal poligami. aku, walaupun masih sedaya upaya membina keyakinan yang poligami tu adalah perkara yang baik (perempuan mana yang tak takut dimadu kan?) masih rasa terlalu lemah untuk mempertikaikan hukum Allah. to me, daripada kita sibuk2 menolak kebebasan lelaki untuk kahwin lebih dari satu, kan bagus kalau kita bole berfikir apa kebebasan yang perempuan ada untuk menghadapai situasi macam ni. and obviously, perempuan tak bole kahwin lagi kalau nak balas dendam. so tak payah laa sibuk carik boyfriend laen masa husband sibuk nak kahwin baru. kang lagi teruk gaduh. LOL. tapi pada aku (correct me if im wrong) seorang isteri tetap ade kebebasan untuk slow talk dengan suami. berbincang mana yang kurang and how to improve the marriage and how to settle the problems. perempuan ade hak untuk minta nafkah yang cukup daripada suami sebelum membenarkan suami kahwin lagi. dan perempuan ada hak untuk menghalang niat suami kalau dia mampu membuktikan suami dia tidak mampu menjadi suami yang baik bila berkahwin lagi. itu kebebasan yang perlu kita sedarkan. bukan bila dapat tau suami nak tambah satu terus meraung macam itulah akhir dunia. Allah kan ada. have faith in Allah. and always remember. perempuan ade hak untuk minta fasakh tapi kena ingat jugak
Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB YANG MENDESAK , maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga “~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh di dalam musnadnya ( 5 / 277 ) ,
perempuan, bila ditanya soal freedom trus mahukan kebebasan yang paling maximum. upload gambar dekat facebook tu freedom. lepas tu orang like menggunung. pujian melambung. tu yang perempuan suka. yang bila dipuji "u dengan boyfriend you sweet sangat.." dia suka. kalau boleh aku pon nak buat semua tu. aku pon nak dapat comment2 sweet macam tu. tapi aku selalu tanya diri sendiri. UNTUK SIAPA AKU HIDUP? kalau jawapannya Allah maka tunggulah sampai saat aku sampai ke syurga. nanti aku upload beribu gambar sampai juling mata orang tengok. haha. tapi pokok nya aku kena tunggu. sebab Allah suruh. sebab aku percaya pada Allah.
*************************************
conclusion nye, tak kisah apa aku buat
- aku ade freedom untuk simpan kecantikan aku untuk suami.
- aku ade freedom nak elakkan diri dari fitnah.
- aku ade freedom untuk jaga maruah ibuayah.
- aku ade freedom untuk taknak keluar rumah. sebab aku mahal. sebab diluar rumah banyak lelaki2 jahat. sebab diluar rumah mendedahkan aku dengan lebih banyak dosa.
aku ade freedom untuk mengamalkan islam. aku ade freedom untuk ikut aturan Allah. sebab aku perempuan. sebab aku tau Allah sayang hambanya yang perempuan. sebab tu, Allah dedicate surah An-nisa untuk perempuan. hey, lagu cinta mana lagi best dari surah an-nisa tu?
sebab aku perempuan...sebab aku ciptaan Allah paling indah..lalu aku ade freedom untuk menjadi sepertimana DIA mahu aku jadi