Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Showing posts with label iman-aisyah-umairah. Show all posts
Showing posts with label iman-aisyah-umairah. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

They live happily ever after and then they had to go to work


hye darls. remember iman-aisyah-umairah x? my dearest anak2 sedara dekatjohor. hehe. dat dayh masa pergi Johor, dapat laa lepas rindu to these naughty kids.arghhh!! now ive started to miss them again.

actually, takdelaa lame sangat tak jumpa diorang since diorang baru je datang last december. tapi since kte dah masok new year, so bebudak ni pon dah tambah satu tahun laa. iman dah sekolah darjah satu. comel je tengok dia pakai baju sekolah. hehehe. dengan debab dia. lepas tu pakai pulak bag vesar kan. cair~~ aiyah n umairah pulak dah masok 3 tahun. mulot diorang maken tak berhenti bercakap. ade je comment. especially umairah. pantang nampak makanan. hahaha

well, nama pon bebudak kan, keletah diorang memang buat aku tak dapat tahan gelak. hehe. so, aku nak share some funny things about these little kids masa kitorang kat sana.


1. umairah sekarang takde gigi depan sebab ari tu dia jatuh longkang. hahaha kesian. ronggak dah budak comey ni. so everytym dia nampak gigi palsu ayah, mesti dia nak try masokkan dalam mulot..euwwww

*budak ronggak


2. even ayah suka umairah tapi umairah still takot dengan suara ayah. LOL. lagi satu mestilaa sebab umairah ade CIK IMA. the only moment yang akan buat umairah nak dengan ayah bila ayah ajak keluar jalan2. LOL tym tu baru diorang jadi geng.


*kejap je pelok atok sebab kalau tak pelok kena tinggal. hahaha

3. umairah sekarang suka berjoget. its so funny to see how she tonggeng2 bontot especially bila dia pakai pampers besar. hahahaha. and her current favorite song is ONE WAY TICKET sebab lagu tu jadi background music masa iman punya graduation from SMART READER KIDS.



4. know wat, ibu ade simpan fruits pudding dalam kereta. so masa bawak umairah jalan2, dia mintak dat pudding. tapi sebab aku takot kereta melekit, aku cakap kt dia, pudding tu bukan untuk makan , tu untuk belajar colour. hahaha she was so excited. so everytime naik kereta dia mesti nak blaja colours pakai dat pudding. LOL



5. as umairah pon dah masok taska, dia pon dah start blaja simple2 things like ABC, colours, numbers and many more. tapi dalam banyak2 colour, dis little girl confident dengan warna PINK je. pwincess kan. hahaha. and dia selalu confuse warna kuning and hijau.

so ive told her "pokok warna hijau.."
umairah "tokot aner ijau.."
me "susu warna putih.."
umairah "ucu aner putih.."
me "pisang warna kuning..."
umairah "pisang aner nuning.."

what shocked me was, this simple lesson enabled this cute girl to differentiate colours correctly tau..hehe sampai dia pulak tanyer aku pasal kaler n everytime i answered wrong dia pulak yang konon2 nak ajar aku.:-*

6. dat evening, kitorang pergi umah nenek sedara aku somewhere around larkin. and dekat sana ade kucing yang gemok sangat2. *dunno why banyak sangat yang debab dlm family aku ni. hahaha* macam biasa umairah akan jadi sangat excited bila dapat jalan sampai dia cakap "umah ni best laaa..nti nak ajak ayah datang sini laa.." hahaha. and another thing is, iman dah tak penakut sangat sebab even dia takot dekat kucing tu, tapi dia still pegang dat kucing ok!

*aku jugak sampai sekarang tak berani dengan kucing :(


7. the next day kitorang pergi JPO. baru aku perasan umairah ni memang obses dengan camera. hahaha. orang sebok nak nak shopping, dia sebok nak suro orang ambik gambar.

*naseb comel


*iman merajuk je mula2 sampai JPO sebab dalam kereta dia tak dapat dudok depan. hahah


8. masa dekat JPO, ayah yang jaga iman n umairah sebab aku nak masok butik2 yg ade kt sana. tapi sebab ayah tak larat nak kejar diorang lari2, ayah juz tengok dari jauh je. last2 umairah basah sebab maen air dekat water fountain. LOL. bila naik 2nd floor, diorang ajak ayah pergi playground. i dunno wat happened tapi tbe2 nampak ayah pimpin tangan umairah yg tengah menangis. when i asked why, ayah cakap "dia penat..nak susu.." hahaha.

9. iman n umairah ade memang selalu seeking for attention. masa dekat JPO, diorang rasa kitorang macam tak layan diorang sangat. so bila masok FOSSIL tibe2 iman mintak box yang ade gambar robot kt aku. of course laa aku taknak beli sebab nanti spoil je bebudak ni. but then, bila iman dapat tau harga box tu RM5 je, dia tros keluar mintak duit from his mother.

tapi his mother cakap duit takde. yang ade cuma duit syiling je. and if iman nak beli jugak, mak dia suro kira sendiri duit syiling yang ade. it was funny bila iman tros dudok bersila dekat lantai sambil kira duit syiling. hahaha kan dah dapat math lesson dekat JPO.

then iman masok balek kedai fossil tu n shouted my name sampai semua orang tengok. issh malu nyer~~~ tapi lagi malu bila dia tunjuk segenggam duit syiling. hahahaha. mase tu aku mmg blank gile. tak tau nak cakap ape. then iman letak je duit syiling tu atas meja cashier n tros lari keluar bawak box yang dia nak tu sebab dia nak tunjuk dekat mak dia. hahahaha

lagi huru-hara bila umairah tiba2 menjerit sebab aku tak layan bila dia cakap dia pon nak beli box jugak. damn!! masa tu aku memang tak tau how to handle dat situation. dengan terkejut tak tau nak buat apa, tiba2 iman datang balek. bawak RM10 pulak n tros pergi dekat cashier. bole pulak dia cakap "saya nak beli box untuk adek saya.." dah la dat tym cashier tu tengah layann customer laen. dia pon pening. hahaha.

ok lepas beli 2 boxes. kitorang tros keluar. selamat~~~




10. umairah adalah seorang yang sangat jeles. bila aisyah datang petang tu, umairah tak bagi aku layan aisyah. hahaha. tapi sebab aku ingkar kepada kata2 budak kecil ini, dia pon merajuk. haiih.

latest picture of the sweet aisyah


* masa baek dengan aisyah


*ok jeles ayah kiss aisyah


*ok merajuk aku pon layan aisyah


*pose merajuk tunguk pampers. hahaha


11. there was one day. masa kitorang bawak bebudak ni jalan2 tbe2 aisyah cakap "ayah pergi mana ntah tak balek2.." darls, do me a favor. harap kamu2 bole sedekahkan alfatihah untuk arwah AZIZI BIN TAMYIS. ayah kepada aisyah yang telah kembali ke rahmatullah kerana kanser usus. semoga ALLAH menenmpatkan dia dikalangan orang2 yang mendapat keberkatan. amin~~

till then. salam.

Tuesday, January 31, 2012

Don't spend money that you don't have, buying things you don't need to impress people you don't like.


hye darls. i dont know why tp since few days ago, nafsu nak shopping aku macam kurang. seriously aku tak berkenan dekat anything. walaupun en syaiton menggoda dengan handbag GUESS tapi aku chill je. takpe laa. handbags saya banyak. ececece. btw, have you heard about JOHOR PREMIUM OUTLET? yes, ive told you before. aku nak simpan duit sebab nak shopping dekat JPO.



well, JOHOR PREMIUM OUTLET atau JPO adalah cawangan premium outlet terbaru yang menjadikan johor sangat popular pada masa ini. sebab, dekat JPO macam one stop center untuk barang2 branded macam COACH, BURBERRY, SALVATORE FERROGAMO, RAOUL and banyak lagi. nama pon premium outlet-kan, so barang2 yang ade dekat sini of course lagi murah kalau nak compare dengan harga pasaran. pihak pengurusan JPO pon dah janji yang customers akan enjoy at least 25% of discounts. hehe semangat tak dengar?





so, last sunday, alang2 dah pergi Johor, my family and i singgah laa kjap dekat JPO ni. senang je kalau lalu highway PLUS.

1. AMBIK EXIT 253
2. AMBIK EXIT 304
3. ADE SIGNBOARD UNTUK KE JPO

awal kot kitorang pergi. sebab takot ramai orang. haha semangat je kan. pkol 10.30 dah terpacak dekat sana dengan semangat yang berkobar-kobar. LOL. parking dekat sini adelah sangat2 murah. sekali masuk cuma RM3 je. dudok laa sampai petang. no extra charge. bila tau pasal ni, semua orang macam happy je. berangan laa nak kosongkan poket dan membawa pulang hasil tangkapan yang banyak. ok itu semua hanya angan2.

sebab JPO sangat2 disappointing. 1st shop yang kitorang masok was BONIA. sebab my mum dah lama tak beli bag BONIA. the shop memang ok. hiasan semua nampak exclusive. memang ade discounts up to 45% tapi tu semua barang lama. serious sedih...then aku pon belek2 laa satu bag ni, sekali nampak bag tu dah kotor. ok letak balek. kitorang pon keluar laa kedai tu and masok kedai laen.

2nd boutique was COACH. i was looking for purse. tapi dalam kedai tu ade one design je. ok tak berkenan. but one thing i recognize, harga dekat situ adalah sangat mahal kalau nak compare dengan harga the same authentics items yang jual dekat blogshops.

click for suggestion of AUTHENTIC ITEMS SUPPLIERS LIST

ok keluar balek. masok salvatore ferragamo. kalau aku beli, memang aku layak dapat penampar. hahahaha. tapi tak best pon. sebab aku rasa macam rugi je. tak design dia tak cantek pon. setakat nama ferragamo je laa. sangat2 dissapointing. so, sementara tunggu buahati belek2 bag yang ade, aku tanye laa budak kedai tu..

"barang baru bila sampai, dik?"

and he replied "setakat ni belum tahu lagi kak. barang kat sini banyak yang outseason dari boutique kt KL.."

so darls, kalau kamu2 nak beli anything wif FERRAGAMO's tag, better pergi SURIA KLCC je. haahaha

but sadly, yang budak kedai tu cakap memang betol pon. kalau bukan outdated items dari KL, barang2 tu datang dari JUSCO TEBRAU and SINGAPORE. sedih tak? masok GUESS pon same. masok GAP lagi laa..barang dah berlapuk je. but atleast, dekat GAP ade barang RM1O, RM20, RM50..walaupun semua barang tak berkualiti sangat. huwaaa.

tapi ade satu kedai yang ok. thank to FOSSIL sebab menyelamatkan mood kitorang hari tu. purse and bag untuk laptop n pencil case memang murah. start at 80.

FOSSIL's PURSE macam kat sini was only RM120. naseb aku takde online shopping. kalau tak dah lama aku jual. hahahaha.

honestly, i was expecting more from JPO. so now, all i can do is juz hoping dat the management team will do something to upgrade the place. and hope, boutiques dekat sana pon ade begi cooperation untuk buat JPO one stop center yang best.

to you darls, kalau ade masa pergi laa. even itsnot that worth it. but at least dah pergi kan. and to ISETAN and ROBINSON, you are still my favorite shopping place. dont change. hahahaha

this kepoh girl, umairah, she shouted my name at every boutique we entered. sampai ade semua kedai tau nama aku CIK IMA..hahaha. and there was another one funny story i wanna share. but wait till next post k..

till then,
salam. :D

Friday, December 30, 2011

I love those random memories that make me smile no matter what is going on in my life right now.



hey darls..diam tak diam dah nak masok new week dah..haiih kejap je kan..now aku tgh mencekalkan hati jowa raga segala nak khatamkan buku CTU553..siyes sepangjang satu sem ni aku tak tau ape aku belajar for this subject..hahaha

i suggest that this course should provide a better lecturer that has better motivation n some FUN


but despite all that, last weekend was so wonderful..haha..after so many years i ask my parents to have a little brother, ttbe ade one day tu, my parents went out then mase diorang balek dengar macam bising2. aku pon bukak laa pintu, and nampak one little boy. guess who? its HAIFAL!!! MY LOVELY BABY <3

ok dia dah besar dah sekarang. so nice n sopan. seriously, its a dream come true tau. n i cant explain how happy i am and i was never dat excited to go home but when he was there i feel like someone waiting for me. n its true. wvry petang mase balek hifal akn dudok dkat living kot. n bila nampak aku nti dia tolong bukak pintu n everything. hahaha. paling best when he thanked me fpr something i brought home. HEAVEN!! tapi haifal stay x lama..dalam 3 hari je..hehe..a night before dia balek, kitorang bawak dia pergi i-city. he was so happy but still politely express his feeling.




i noe haifal was so happy..dgn muka excited dia. tp after the ride, he still remember to say "thank you, kak emma.." *cair


honestly after haifal balek, aku rasa macam sunyi sket. tapi x lama bcoz as planned, last friday, iman n umairah (wif their parents n mak ngah of course) datang my hse for a 3 days sleep over. diorang datang lambt kot. sampai around 1 or 2 oclock. masa tu aku dah sedap tdo xnak bangun dah. hahaha. tapi biasa laa dengar suara umairah n iman mmg x bole tdo kan.. LOL

this kepoh girl. i woke up late the next day. bangun pon sebab dia sebok ckp "bangun laa..kakak bangun laaa.." all the time..


so, the next day, kitorang pergi waterpark. saje laa nak bagi these kids happy sket. hehe. look at their funny face. happy je mase blom masok. LOL



tapi lepas dah masok..


iman was the biggest boy at this area..hahaha well actly iman ni penakut sket..so dia xnk pgi tempat yang dalam tu. and end up mandi laa kt area utk budak 3 years old n below..hahaha..mse cousin (iman's dad) macam bengan jugak bebudak ni takot sgt. and mse time balek tu, we saw a baby, merangkak lagi tapi dh maen air. iman terkebil-kebil je tgk how brave the baby was..LOL

then, after maen dekat waterpark, kitorang pgi sunway since my cousins nk makan Wendy's. owh kesian johor xde wendy's.

dis little kid nak ambil gamba dgn snowman tapi penakut. hahaha..terpaksa teman..hissh



we were at roxy store when this picture was taken. umairah was so impressed with sunway lagoon. tapi kalau bawak diorang ni mmg buang duit laa..semua xnak try..dah laa amusement park dkat sunway byk yg scary (for their level laa)



at night, kitorang pgi snowalk dekat i-city. for the 2nd time in a week. haha. nak pgi oversea tak mampu kan. pgi snowalk je laa..

and this time, aisyah n her fam pon dtg. aisyah is soo tiny. macam barbie.




too little too cute. n photogenic.

cute~~







one more thing, my aunty from spore pon datang. meet my cousin, faisal with gearbox soup. hahaha. dekat spore panggil sup tulang je. LOL. special made by my mum. serious sedap. tapi i was so tired x rasa nak membaham sangat.



syahril, faisal, my dad, aunty salmi n nureen. :)

the next day, aku bawak diorang pgi klcc. konon2 nk jd tour guide laa..tpi damn, jalan pon sesat2. but sadly, ticket petrosains abes. nak naik twin tower pon kena tgu selasa. tsktsk. i feel bad tau, sebab aku tak tau mne tempat menarik kt kl ni. eye on msia dah tak de. nak bawak pgi shopping mall mcm spore xde all the stuff kan. in fact they are much advance. huhuhu. wif my bad driving skill n gps yg x bole pakai, we end up pgi times square aka the biggest indoor theme park in msia. hope they have fun.

*gambar xde sebab faisal x upload. hehe


till then darls. salam.

Wednesday, August 10, 2011



When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry,Iphone, PS3 or iPad. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mom/ caretaker made. I would think twice before I said "no" to my parents. Life wasn't hard, it was good and I survived.



hye darls. sekarang banyak pulak orang buat quote dekat atas as status fb. including me sebab of course aku bangga dengan cara buahati besarkan aku. :D tapi cuba bayangkan satu hari nanti, bebudak yang maen Ipod, Blackberry and PS3 ni buat status yang lebih kurang sama... but to me, there's no issue. sebab nabi pon pernah cakap "didik anak kena ikut zaman.."

btw, ingat tak aku pernah cerita pasal iman,umairah n aisyah. 3 budak debab yang aku sayang giler. hehe. well, last 3 days, buahati ajak balik Johor. sebab nak tengok kubur arwah atok and nenek. so, dapat laa jumpa bebudak nih. wuuu~~ lepas rindu..

sampai2 je, tros ambik aisyah nak bawak jalan2 dekat bandar. dis girl, petah giler cakap. macam2 membebel dalam kereta. and her voice halus sangat.



menggedik tym tunggu buahati beli barang untuk buka. haha


dat night, kitorang berbuka ramai2 dekat rumah mak ngah. noe wat, masa buka sunnah nabi kalau kita suap2 kurma dekat orang. lepas ni try laa.



buahati ambik gamba dengan umairah n aisyah. comel giler. geram aku tengok. aisyah ni ade bakat jadi model. hehe



sweet boy yang belah kiri tu laa iman. dah kurus sekarang and maken HANDSOME!!! arghh!! jatuh cinta aku..



pagi2 dah kejot aku nak ajak pegi playground. serious semput jaga 2 orang ni..semua benda pon nak berebut. naseb cute. haha.


the next day, turn iman n umairah pulak dapat jalan. pergi kotaraya sebab aku nak shopping untuk raya. hahaha. umairah nih serious caring giler. if dia tak nampak buahati sure dia tarik tangan aku nak cari..takot laa kalau buahati ilang. hahaha.


then, kitorang singgah dis place. dalam mulot umairah tu ade coklat. tu yang tembam semacam. haha.

last but not least, aku harap, kamu2 sudi nak sedekahkan al-fatihah untuk ARWAH MUHAMMAD AZIZI bin TAMYIS, ayah aisyah, yang meninggal raya kedua tahun lepas sebab kanser. al-fatihah. salam.



Saturday, December 11, 2010

I wish i'm still kid. No broken heart, no painful tears. Only a wounded knee from a bicycle accident.



selamat pulang. :)
mula dengan 4.12.2010, sampai2 dekat johor terus singgah rumah Pak Long Selamat. satu lagi sedara aku kahwin. kalau dah sampai rumah pengantin macam biasa laa kena carik nasi minyak dulu. haha. ada ayam panggang masak black pepper yang sangat sedap. siap ada tofu fa n ice-cream lagi. sebab penat + boring + malas nak layan orang,aku dgn kakak suka layan aisyah. aisyah anak sedara aku. ayah aisyah baru meninggal raya lepas sebab cancer. al-fatihah..


siapa budak comel angkat tangan?

panas!!


aisyah dengan kakak gedik.

cantik tak saya masa saya kawen nanti?


5.12.2010
saket perot sebab makan banyak sangat..haiiih

6.12.2010 - 10.12.2010
selain aisyah, aku ada lagi 2 orang anak sedara. iman dengan umairah. dua2 besar n kuat makan. satu hari minum susu dekat 4 botol. haha. badan iman besar mmg x macam budak 5 tahun. tapi iman penakut. yang paling kelakar bila iman bgtau dia takut nak buat something then orang tanya iman takut ke? iman terus marah n cakap "mana ada iman takut.." haha. umairah comey sangat. pipi tembam tu macam mintak penampar. lagi2 kalau dapat makanan. memang muka bahagia gila laa..seronok nya jadi budak2 kan?

iman n umairah yang selalu gado

iman n umairah tak suka pergi taska. iman cakap dekat taska makan biskut 2 keping je. umairah pulak mmg susah nak dengan orang. so untuk seminggu tu, kitorang satu family bukak taska dekat rumah mak ngah. everymorning aku kena bawak iman dengan umairah jalan2 naik bukit tempat orang jogging. kadang2 malas jugak nak bangun pagi tapi bila nampak umairah terjengah-jengah dengan muka comel dalam bilik rasa kesian pulak. ada satu hari tu bawak diorang pergi playground. seronok umairah main gelongsor. iman pulak takut2 nak try buaian dekat situ.

sebab kitorang rapat dengan iman n umairah, iman tak nak balek rumah. nak tdo rumah mak ngah. umairah pulak tak boleh nampak ayah keluar. sampai dengan mak dia pon dia tak nak. haha..sure aku rindu dua budak comey tu lepas ni..:)

taska nenek enon. nenek enon tu ibu aku..:)


budak2 tengah berebut handphones. aisyah muncung2.


11.12.2010
balek. sampai rumah pkol 8.00..tbe2 iman called. ok aku dah start rindu budak2 debab yang aku tinggalkan dekat sana..