Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Saturday, August 6, 2011

Stressed spelled backwards is desserts. Coincidence? I think not!


hye darls. agree wif the above statement? hahaha.

aku pon tak tau kenapa tapi aku rasa this year aku macam over excited nak raya. maybe sebab semester break kan. and this time dah bole drive sendiri. so nak pergi shopping mane2 pon bole. :D

sebab terlampau over, semua benda2 yang sepatut nya shopping time puasa dah terbeli. lepas tu ari2 buat alasan, lupa beli tu laa. lupa beli ni laa. eyh, barang ni belom ade laa.. haiiih. sampai cik tot cakap kat aku "kau perempuan, normal ade tu semua.." hahaha. insaf sekejap sebelom jawab "so, tak salah kan? kira kita perempuan ni memang bole shopping sakan kan? kan?"

ok. sebab banyak sangat benda nak shopping, aku kena start ambik few steps utk jimatkan cost. contoh nya; buat sendiri kuih raya instead of order. macam nih:



nak try? nah resepi..dah buat kena bagi aku rasa :D



Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm butter (aku pakai farm cow sebab buahati cakap tu paling best)
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese (Philadelphia)
50 gm gula aising
20 gm butter (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling


1. Untuk sweet pastry: -Pukul butter dan telur sampai creamy. (buahati cakap lagi kembang telur tu, lagi cantik.) Lepas tu, masukkan tepung. Masukkan sikit2 tau. Gaul hingga membentuk doh. (kalau rasa2 dah ok, tak payah habiskan sampai 240g pon takpe. if not akan kering) Tekan doh tadi ke dalam bekas tart. Trim tepinya dengan pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Lepas sejuk baru keluar kan dari bekas tart. Dun worry, dia tak melekat. :D

2. Untuk cheese filling: -pukul cream cheese, butter and gula aising sampai fluffy. Lepas tu, masukkan telur dan perahan lemon, pukul dan biarkan. p/s: kalau nk buat filling ni awal, bole simpan dalam fridge. nk guna baru keluarkan.

3. Sendukkan cheese filling dalam pastry yang sudah dibakar tadi. Hiaskan dengan blueberry filling dan bakar lagi pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.



semua bahan2 ni bole dapat dari kedai pastry. dekat tesco pon ade jual tapi mahal sikit laa. hahaha. jimat2. nak shopping lagi nih. :D ok darls. sure kamu2 pon nak try kan. so harap bersabar buat cheese tart ni sebab macam leceh skit. yang ade adik2 tu sila2 laa kerah askar anda. lol. till then, salam.




p/s: next raya aku ambik order. dis year nak melahap sungguh-sungguh. sungguh-sungguh tu..hahaha