Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Tuesday, May 31, 2011

True love is like a ghost.
Everyone talks about it, few have seen it.


hye darls. weekend lepas amoy datang rumah. before dia balek tapah, dia singgah sini dulu. hehe. rindu gle dekat dia. and yani dengan faezah. haiish. dah lame tak jumpa diorang. borak2 gossip baru. haha.

btw, masa amoy ade, kitorang klua jalan2. then dia ajak tengok movie. KARAK! support sket cte melayu kan. kamu2 dah tengok?




kalau belom, meh tengok trailer dlu.


aku tak berani pon nak tengok cte hantu actually. dalam cinema pon aku tutup mata. hahaha. tapi part awal2 laa. sebab cte ni takde la seram sangat. kalau bagi aku judge, aku rasa dapat 3 stars je kot. bukan nak rendahkan filem melayu tapi bagi aku cerita ni terlalu remeh. haha. kejam x?

aku tabik sound system cerita ni. macam orang selalu cakap laa, bunyi2 tu yang banyak tolong. sebab banyak bunyi2 pelik tu aku jadi takot. amoy pon takot. hahaha. tapi dari segi acting, aku rasa macam rimas pon ade, rasa malu pon ade. especially bila ade pak cik yang cerita tym awal2 tu guna same intonation macam filem merong mahawangsa. and one more thing, bila tengok anak melayu berlakon macam dah takde harga diri. tapi dat since takde laa strong sangat pon. kalau fina nak potong pon ok je kot. lol.

btw, kalau kamu2 ade masa free, pergi laa tengok movie ni. and nilai sendiri. havva nice day, dalrs. salam.


Thursday, May 26, 2011

If money grow in trees, girls wouldn't mind dating monkeys..


hye darls. dah tengok running man? haha. cik tot tengah download kn episode 40 untuk aku. ececeh. ni yang sayang cik tot. pastu siap nak ajar aku tengok we got married lagi. haiyaa. kjap lagi abes mengamuk buahati sebab bill melambung. lol.

btw, tadi ade orang tanye macam mane nak download running man. haiish. nape tanya aku? bukan aku pandai pon bab download2 ni. selalu pon aku copy orang punya je. huhuhu.. tapi sebab orang dah tanya kan. aku pon tanya laa cik tot. senang je..meh sini aku ajar pulak..

firstly, pgi dulu dekat speed bit ni.








then, just tekan button download yang kaler ijau tu.



bila dah siap download, just click RUN macam biasa. then akan ade klua ikon dekat sebelah button favorite. ni klau guna google chrome laa. klau guna mozilla or internet explorer aku tak tau. haha.

cik tot cakap pakai speed bit senang. another thing is, kalau pakai speed bit ni bole download video tros. xyah bukak link dekat tempat laen. even video dari facebook pon boleh. click je dekat ikon speed bit tu.

ok laa. taa.

Wednesday, May 25, 2011

Life is designed to kick your ass.
So you better run..run..run..run..



hye darls, lame gle aku tak update. bukan sebab busy dgn study or other things. tapi sebab cik tot bagi aku tengok running man. haha. so everytime aku bukak lappy, 1st thing yang aku buat adalah tengok dis show. even dah online pon bole lupa. siyes best, wa cakap lu. if kamu2 minat korea sure kamu2 tau pasal this variety show and mesti faham kenapa aku bole addicted. lol.


tadaa.. ni laa orang2 kuat running man.


ok. kalau kamu2 tak tau or belom tengok running man try la tengok. mesti addicted and gelak giler2. :) sini ade links untuk running man yang dah siap dengan english substitles. kamu2 bole download sendiri dekat isubs, takpun bole carik dari our biggest country, facebook, or bole jugak dari dramastar.

have fun with the show darls. salam

Sunday, May 8, 2011

You are lucky enough to be different,
DON'T EVER CHANGE!!!


hye darls. to all hot mommas yang bace entry ni, i just wanna wish you HAPPY MOTHER'S DAY..muaah:-*

well, mother's day kali ni aku sambut biasa2 je. sebab buahati saya tengah demam. so tak berkesempatan nak kluar dan mencari hadiah. nak ajak buahati pergi tgk movie or spa or just jalan2 pon x boleh. huhuhuhu. tapi unplanned moments are sometimes better than the other. kan?

alhamdulillah semalam buahati macam sihat sikit. so aku buat muka cover2 tak rasa bersalah capai kunci klua rumah. takot woo. kang kalau ttbe klua ayat macam "ibu saket pon kau tak pandai duduk rumah..." camne nak jawab? hahaha. tapi relax laa. buahati saya cool.



thanx ibu masakkan saya ayam tiap2 hari



yang comel itu adalah saya
yang merajuk di belakang itu adalah cik tot



thanx ibu sebab tak pernah rimas dekat saya yang suka melekat



ibu kuat dukung saya selalu..hehehe


dengan masa yang sekejap tu, aku sempat pergi jusco je. dalam hati mmg ingat nak beli card. owh aku tak tanye pulak buahti aku nak ape. sebab aku tau dia nak kitchen mixer. BRAND KENWOOD. yang harganya lebih seribu. hahaha. tak mampu den.

lama kot aku carik card untuk buahati. adalah laa dalam sejam setengah. ingat nak beli yang besar kasi gempak sikit. tapi nanti camne nak bawak masuk rumah. so last2 i found this cute thing.


frame dalam buaian. and a pinky card.


aku letak atas meja makan masa buahati tdo. then tros masok bilik. tepat pukul 12 dengar buahati batuk2 sikit. lepas tu ade orang ketuk pintu.

alaaa....aku lupa nak capture gamba buahati masa aku bukak pintu. serius buahati aku terharu. merah kot mata dia. then buahati tros pelok aku. and we spent the night looked at old pictures together. can you imagine how meaningful it was?

lastly, aku nak share tgk video kt bawah. IT'S ALL ABOUT LOVING OUR PARENTS - KARAN JOHAR.



salam. :)


Thursday, May 5, 2011

The difference between genius and stupidity is that genius has its limits ;)


hye darls. aku takde kje. haha. so juz wanna share some opinions about languages. relax2. ill try not to make it boring..well, ttbe2 aku teringat satu iklan if im not mistaken, iklan petronas kot. yang pasal budak lelaki 3 orang. melayu, cina, india. all the 3 boys bole communicate dalam bahasa cina and india. bahasa melayu memang bole laa kan. yang lawak nye, kalau iklan tu klua kt tv especially tym dekat2 nak merdeka, buahati selalu ajuk balek apa diorang cakap. well, bukan nak bangga, tapi buahati aku tu bole je cakap bahasa cina n india. kalau pgi kedai cina, start laa dia speaking cina. kalau pgi kedai india, dia pon sama nak merapu. hahahaha.

dari kecik dulu, buahati suruh aku belajar cakap cina dengan jiran sebelah rumah. tapi budak2 kan. tym tu tak nampak lagi penting nya tau pasal bahasa asing. masa aku sekolah, kitorang kena blajar jugak foreign language ni. aku ambik french. lol. last2 xtau pon nak borak dengan sapa kt msia ni. tapi ok laa. ilmu kat. takkan telan dek zaman. then masa PLKN, ade sorang lelaki india tu pandai cakap bahasa cina. so, macam best je tengok diorang borak2 tym character building class. masa tu laa baru aku regret tak blaja dari dulu. and bila dah besar panjang ni, especially bila aku ambik course yang berkait rapat dengan ekonomi, aku memang rasa bahasa cina ni sangat2 penting.

kamu2 tak bole deny. memang bangsa cina yang conquer our economy. kalau nak compare status diorang dengan bangsa2 lain, bangsa cina yang paling kurang hidup under poverty level. and btw, kamu2 dah tengok lagi senarai orang paling kaya 2011?bila laa aku dapat masok senarai tu kan? hahaha.

ok shoot. aku saja2 merepek pasal bahasa malam2 ni sebab nak share about my mandarin class semalam. :) actually, aku dah lama dah register, tapi sebab masa tu tak ramai sangat yang join, kitorang kena tunggu laa sampai cukup orang. the class started at 8.00pm until 10.00 pm. fee untuk dis class, murah je. rm10 for 32 hours of class. worth it kan.

my tutor, Tan Leong Hee


nak tau apa aku belajar semalam?

ni hao
salam sejahtera

wo shi ...., xiao jie/xian sheng
saya ialah ...perempuan/lelaki

qin wen
tumpang tanya

ni heng men?
awak bosan tak?

ok. sila jawab "wo bu heng men.."


hahaha. if kamu2 nak join this class, bole tengok dekat website kolej komuniti ni. ok laa. have fun exploring other things. salam.

Monday, May 2, 2011

Dear fat, I'm gonna burn you.
I promise!!!!


hye darls. tadi aku baru bace status kengkawan kt facebook. rupanye kitorang cuti 19 minggu. ok2. xyah nak celebrate sebab 19 minggu tu lame sangat. sure2 bosan dok rumah. kerja? hmmm akan difikirkan. hahaha. actually aku dah dapat kerja dekat KUMON. tp xde laa dekat sangat dengan rumah. tu yang malas tu. boring laa hidup dalam kereta.

ok. stop it there. aku actually nak share something pasal health. exam week kan equal to a very tension week. selera makan pon bertambah laa. well, since aku skola lagi aku ade syndrome kuat makan kalau aku tension. tak baik sebenarnya tapi nak buat macam mana. TENSION KAN.

then, minggu lepas, ade pak cik aku masuk hospital. aku pergi melawat dengan buahhati. tym kitorang pergi tu rupa nya baru start visiting hours. ramai gle orang tunggu dekat lif. si buahati tibe2 ajak naik tangga. ( 'o' ). larat ke? tingkat 8 kot. kang esok tak bole jalan. tapi sebab tengok buahati macam confident je, aku pon ikut je laa. buahati aku jalan depan. aku poyo konon jaga belakang. macam laa kuat kan.

8 tingkat.
tak stop..tak semput..


siyes, tabik gila. nasib aku pon tak semput jugak kalau tak sure malu. aku tengok orang lain yang naik tangga semua stop half way tunggu lif. ramai jugak yang kitorang potong. yang muda2 tu siap tegur2 lagi buahati aku. ecey, maybe sebab dah bangga tu yang malu nak stop tu. hehehe

agak2 umur aku 62tahun nanti kuat lagi tak nak naik tangga macam ni. hmmmm. tu yang buat aku terfikir yang aku kena start jaga kesihatan. tak bole laa makan ikut suka sukahati lagi.

ok2. malas nak cerita panjang2. aku juz nak share something dengan orang2 yang pakai phone NOKIA. kamu2 mesti tau pasal OVI kan? thanx to OVI STORE sebab sediakan application nak tolong aku sepanjang program diet ni. kamu2 click DIET2GO ni. ade banyak gila diet plans yang kamu2 bole ikut. ade about 30 kot. so bole pilih yang mana sesuai dengan diet kamu2.

tadi aku baca comments, majority cakap those diet plans very helpfull. tapi ade satu tu cakap diet nyer very2 low calories. tu, kamu2 kena pandai2 pilih. kalau agak2 lapar jangan la tahan pulak kan.

and one more thing, mesti kamu2 tau pasal THE BIGGEST LOSER. aku minat tengok dis show sebab aku rasa dis show very2 inspiring. if they can change their life, kenapa kita tak bole kan? since biggest loser pon dah ade club untuk asians, kamu2 bole laa pergi dekat website diorang for more healthy tips.

ok darls. lets start our healthy life. salam.


Sunday, May 1, 2011

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore



hye darls..aku dah abes final exam..hehe..lme nye tak update blog..well, banyak benda nak cerita but 1st thing 1st mesti laa nak cerita pasal our wedding of the century kan. hehe. masa study week lepas every night jealous buahhati dapat tengok TLC channel dekat astro sebab ade royal wedding week. wedding princess diana and charles dulu pon diorang tunjuk balek. yang tu memang aku tengok laa kan..sebab tym diorang kawen aku tak sempat nk duduk depan tv.. hahaha

fell for this innocent girl once..


actually 29th april tu, aku ade paper. petang pulak tu..started at 2.45pm till 6pm. tp abes je paper, tros duduk depan tv. mne bole lepas kan..


she's pretty..i admit


tengok kate and william kawen buat semua orang tak larat. hahaha..macam dalam fairytales yang ibu selalu cerita tym kecik2. especially part naik kereta kuda.


this is wat i mean


tapi, honestly, aku rasa tak banyak beza pon dengan ceremony masa diana and charles kawen. kan?


since 1902..haha


and like any other girls or maybe the whole world, i juz cant stop comparing kate with diana..sorry kate



the rose of england that melted millions hearts



she's beautiful but didn't glow..
ibu said maybe sbb dia dah tak virgin..lol




diana's smile yang macam malu2 sikit with her blushing face buat dia nampak soooo adorable




miss independent




there were space between them




so much closer..wink~~




the gown, the tiara, the bouquet




the love




the longest veil



a long lasting love



the balcony kiss everybody was waiting for



the kiss with love i always dreamt for..hahahahaha



to the future.....