Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Monday, February 28, 2011

You know we got a mystery to solve,
so Scooby Doo be ready for your act.
Don't hold back!

hye darls. hari ni aku ade test statistic. so pagi2 dah gerak pergi rumah Aa'. konon2 kecut perut. hahaha. tym tgh study dekat rumah aa' tu, ttbe Najwa bukak satu article dekat facebook. pasal 9 tahun lepas, ade budak uitm sewa rumah hantu then kena kacau dengan makhluk2 halus tu la. 2 orang mati babe. seram gak. tapi jadi best bila dapat tau kelas petang ni canceled. Adib sembangat gle nak carik rumah hantu. so, Aku, Aina n lagi 3 orang geng scooby-doo pon tros pergi seksyen 2.

ciri2 rumah hantu:
- btol2 depan wetworld
- ade busut
- ade pokok besar
- kiri kanan rumah tu rumah orang cina

dari tepi jalan memang dah nampak ade satu rumah buruk betol2 depan wetworld. meremang kot bulu roma aku. tak tau laa apasal. nak kata aku penakut takde laa sangat. ceh, poyo. haha. tapi kitorang tak tros pergi rumah tu laa. kena isi perot dlu. dah klua lagu keroncong dah ni.

aku pon tak perasan tapi ttbe kitorang dah cakap pasal mona fendi. jangan cakap korang tak tau siapa mona fendi. tolooong laaa. disebabkan semua macam berminat nak tau rumah mona fendi kitorang pon singgah seksyen 12 kjap.

penyanyi yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Datuk Mazlan Idris, ADUN Pahang. jasad Datuk Mazlan telah dikerat sebanyak 18 bahagian.


siyes rumah ni dah buruk. tapi even buruk pon aku bole bayangkan rumah yang cantik kalau jaga elok2. TAPI RUMAH NI HORROR GILA TAU!!! kitorang pusing2 sekali jumpa pintu belakang. then jalan mati. nak dekat pon takut.


rumah ni aku rasa 3 tingkat. then dekat side kiri tu ade lagi one level yg tak sambung dengan main house. lepas tu macam ade tanah kosong dekat belakang main house. maybe dulu ade mini garden ke. lepas taman tu ade another house. tu aku tak tau ape. dekat main house tu pon nampak macam ade batu2 untuk air terjun. or maybe ade swimming pool kot. haha. takde kje lak describe rumah ni.

btw, kalau kamu2 nak tau lagi banyak pasal rumah mona fendi ni tgk dis website.

dah abes dekat seksyen 12 kitorang pergi pulak seksyen 2. kalau kamu2 nak tau cerita pasal budak uitm tu, just click here. aku tak larat pulak nak cerita. even hari macam tengah terang benderang ni, tapi still macam ade rama2 pulak dalam perut ni. hahaha. pasal cerita ni aku tak tau laa betol ke tak. and aku rasa rumah yang kitorang ergi macam salah je.

ok darls. nak cerita seram laen sila google sendiri. hehe. salam.