Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Thursday, January 20, 2011

it's about how you make your life interesting!!


20 jan 2011 = thaipusam = cuti = :D
tapi xde effect sgt pon.. Sebab on thursday memang ade satu class je. STA450. yang aku tak tau ape yang aku tak faham tu. yang aku faham lagii laa aku tak tau. hahaha kalau laa ari rabu yang cuti, sure semua orang enjoy sakan. kelas satu ari babe. abes klas sure aku tdo. siyes penat. especially kalau on the way balik tu jalan jam. naseb buahhati saya faham. kalau tak, ade jugak yang berangin petang2 tu kan. hahaha.

well, kitorang still ade reason kenapa nak excited untuk cuti thaipusam. bukan sebab nak pergi batu cave ye, tapi sebab lecturer account yang baik cool tu dah postpone quiz till next friday. HOOOREYYY!!! quiz tu sepatotnya ari jumaat ni. Hehe. semua orang pandai berlakon macam tak faham pape, kan? :D

So untuk satu ari cuti ni, aku ingat nak duduk rumah. Rehat2. tdo sampai lunch pon ok wat..lepas tu duduk atas massage chair. Hmmmh heaven. bagi chance laa kjap. ulangalik pergi s.alam tu penat tau. dah laa aku dah lama tak makan bayam. macam mane laa nak kuat macam popeye..(T.T)


heaven plan tu jadi dalam mimpi je.
sebelum pukul 10 aku dah terpacak tengah2 taman ni. hahaha.


plan asal nak pergi berkayak dekat tasik. excited gle sebab dah lama tak buat aktiviti ni. huhu. aku sekarang kurang kawan untuk sama2 menghitamkan muka. ade siapa sudi temankan aku? hehe. about 8.30 aku keluar rumah. sebab dah janji sampai tasik pukul 9. tapi, disebabkan kayak2 double telah dikebas oleh mereka2 yang janji nak start aktivit pukul 8 dan masih tak buat pape sampai pukul 10, kitorang terpaksa cancel plan ni. haiiih. dah laa heaven plan tak jadi. kayak pon sama takde rezeki.

then ttbe aku teringat ade kayak dekat bukit cerakah. mula2 tak tau jalan. sebab ni 1st time nak pergi sendiri kan. selalu orang yang bawak. so masa singgah dekat kedai mamak untuk breakfast, aku pon dengan pandai nye bukak google maps. padahal bukit cerakah tu lebih kurang 10 minit je dari kedai mamak yang kitorang singgah. haha. ngok!

sampai sana kitorang terus pergi tempat sewa basikal. tak mahal pon. rm5 for 1st hour and rm1 for the subsequent hour. tapi sebab tak mahal laa manusia yang tunggu basikal ramai sangat. masa aku sampai tu siap ade waiting list lagi. kitorang dapt no.53. tapi basikal dah abes time no 7. gila tak? and yang lagi gila, sewa basikal takde limit. haiiih takkan nak tunggu pulak kan.

so kitorang decide jalan kaki je laa. nak naik tram lagi ramai pakcikmakcik tunggu. last chance work out darls!! lets go!! :D


brother yang selalu dapat ikan. :)

kitorang carik gak tempat nak kayak tu. nampak signboard tapi tak jumpa pon. yang jumpa taman haiwan laa. swimming pool laa. siap buat jungle trekking lagi. last2 tembus dekat tempat flying fish ni. haha.


pencuri2 basikal.
sewa ramai2 lepas tu letak bawah pokok.


naikbukit turunbukit. last2 jumpa diorang yang tengah main apebenda ntah. maybe diorang ade class dayout ke. reunion ke. aku ambik gamba nih dari atas menara. naik tak gayat sangat. tapi time nak turun takut gak kalau kayu2 tu patah. hehe.

then carik tempat fish spa. dulu masa aku pergi rm10 per hour. kalau nak banding dengan kenko dekat mid valley tu memang jauh sangat beza. tapi sayang, fish spa dah tutup. "xde untung maa."

ok. semua penat. tapi still tak puas. so, kitorang pon buat u-turn and pergi 4 seasons house. masok murah je. rm3 sorang. teka sekarang musim ape?!! jeng3!!


-5 degree celcius


jakun jumpa snowman. haha


lama jugak dalam rumah tu. bila keluar je rasa bersyukur jumpa matahari. best!
ok gerak balek. serius penat. dah laa tak lunch lagi. huhuhu..tapiiiiiii ble sampai pintu keluar, kitorang buat u-turn lagi sekali. nak tengok turn basikal dah dapat sampai belum.
"bang, kitorang no 53 tadi.."
"sekarang no 87, dek.."
"huh? dah terlepas laa ni.."
-si penjaga basikal sengih2 mintak penampar.
"tak leh ke bang? lama tunggu nih?"
-si penjaga basikal sengih lagi
"nak berapa?"

HOOREYY!! last2 dapat jugak naik basikal. ambik sorang satu. hahaha. actually aku takde laa pandai sangat naik basikal ni. pernah je masuk dalam lumpur sampai trauma taknak bawak basikal lagi. tapi entah apasa dis time macam berani pulak. naseb tak tersebam time tekan brek. hahahaha. in 1 hour, kitorang sempat pergi empangan yang dekat ujung alam tu. semua sebab aku cakap ade air terjun. hehehe. sorry, tak niat pon nak tipu. hehehe.

dari atas menara,
luv u darls..:D