Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Saturday, December 4, 2010

Calling somebody else fat won't make you any skinnier. & Calling someone stupid doesn't make you any smarter.

aku ingat lagi masa kat sekolah, Si A terjerit-jerit dalam kelas. lepas tu ade pulak Si B yang bengang n cakap "jangan jerit-jerit laa..mcam orang kampung tau tak." orang lain yang ada dalam kelas tu terdiam. sejak hari tu aku terfikir, malu ke jadi orang kampung? malu ke kalau ada thinking macam orang kampung? kalau sebab orang kampung susah, rumah setakat setingkat, kereta biasa-biasa je, makan masak sendiri, aku rasa tak adil untuk letakkan mereka dalam kedudukan yang bawah. dan aku rasa kita perlu sedar, orang melayu yang ada dekat malaysia ni semua berasal dari orang kampung.sedangkan melaka pon berasal dari kampung kecil.

masa aku masuk universiti, ada Si C cakap Si D dressing macam orang kampung. Lepas tu ada pulak Si E yang cakap perwatakkan Si D macam orang kampung.

bagi aku jadi orang kampung lagi tau adab sopan. bukan hidup dengan slogan "biar kurang ajar jangan kurang makan". orang kampung lagi tau ape itu saling membantu. bukan macam orang bandar, baru mintak tolong sikit dah kena upah.

thinking macam orang kampung tu thinking yang macam mana ya? yang si bapa duduk teman anak2 study sampai tengah malam bertemankan lampu pelita. kalau yang ini, aku lagi rela jadi orang kampung, daripada ada ayah yang seminggu pon belum tentu ada dekat rumah, yang boleh suka2 hati bagi duit untuk aku joli dekat kelab sampai lewat malam. aku lagi rela ada ayah yang ajar aku erti susah payah.

thinking orang kampung tu thinking macam mana ya? yang si anak tak berani membantah dengan semua cakap orang tua? walau pun aku dilahirkan dalam keluarga yang membenarkan aku untuk speak my mind tp aku mahu juga jadi anak yang taat macam tu. tak banyak dosa..*gelak

well, maybe ade yang cakap, ayah kampung selalu marah pukul2. zaman sekarang perkara tu dah tak valid dah. sebab sekarang ada kaunseling, sekarang pakai psychology. kalau mahu translate 2 perkataan tu ke dalam bahasa melayu apa maksud nya agak nya? haha..tapi kita semua pon tau, ayah bandar ke ayah kampung yang banyak kahwin dua.

motif aku ungkit benda ni bukan nak telagah ayah siapa baik, cuma mahu ditekankan orang kampung tak seburuk yang kita selalu bicarakan dan orang bandar tak semulia yang kita agungkan. terima kasih.