Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Sunday, December 26, 2010

“The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated”



baru balek jalan2. hehe. hujan lebat betul. certain area dah macam naik air. tapi setakat ni belum ade lagi tempat yang banjir. hopefully tak laa kan. hopefully...

masa kecik2 dulu, sekolah aku selalu banjir. maklumlah sekola kampung. so everytime banjir, semua students mesti suka sangat. sebab tak payah pergi sekolah. hehehe. tak ponteng eyh. sekolah yang bg cuti. tapi ade one day tu, banjir hari ahad. so hari isnin, aku dengan tiada fikiran tersangat rajin nak pergi sekolah. even ayah dah cakap "hari ni tak sekolah laa.." aku jawab, "mane ayah tau?" "ayah tau laa. semalam kan banjir.." "cikgu takde pesan pon sekolah cuti.." "sukahati laa. nanti pergi sekolah kne gotong-royong.." "yeke?" "tak caye sudah.." "ok.." hahaha..comel x perbualan antara ayah dan anak yang berumur 10 tahun. time aku sampai sekolah air dah surut. tapi dalam kelas still ada lumpur lagi. so cikgu yang tersangat baik hati pon arahkan kami menjadi baik hati dengan membantu cikgu yang baik hati tersebut untuk membersihkan kelas. ooops cikgu saya ajar tatabahasa tapi tak pernah ajar macamne nak membina ayat yang complicated macam ni. so kiranya ni bakat semulajadi aku laa. hehe..best jugak tolong cikgu. sebab dapat main air. agak2 dalam pukul 11 pagi semua orang dibenarkan pulang. wow best nye kalau ari2 macam ni. tapi sampai2 je dekat rumah 'babysitter' tros dapat reaction ni "ya ALLAH. apsal baju kotor sangat? penuh lumpur ni..tu laa ayah cakap tak payah pergi sekolah nak pergi jugak..dah masok mandi..baju tu biar je dalam bilik air.." hehehe. tu la pengalaman time banjir yang aku ada. actually banyak lagi tapi semua time kecik2. tengah hingusan lagi.

ok balik pada cerita hari ni, sampai2 je depan rumah kakak suruh ibu tengok mimie. mimie tengah lepak2 depan pintu. action dengan baju baru kot. aku rasa mimie ni comel. even macam bodo2 sket. hahaha. tapi mimie tak kenal aku. mimie kenal ibu je. so kalau aku panggil dia, memang dia tak layan laa. :( tapi kalau ibu yang panggil, dia bagi reaction alololo comey gle. so aku suruh ibu panggil mimie sebab aku nak ambik gambar mimie. 1st time mimie tunjuk jgak laa muka kiut dia tu. tapi lepas 1st snap nampak je aku pegang camera tros pandang tempat lain. haiiiih. pandai gak anjing nih.



ni laa mimie. tgh tunjuk baju baru dekat ibu. nampak x dia macam malu2?



aku rasa mimie ni ade instinct yang sangat kuat. sometimes aku tengah lepak2 dekat rumah tetiba dengar dia menyalak. ingatkan ade sapa2 datang rumah ke. tapi tengok depan pintu lengang je. selalunya lama jugak mimie ni buat bising. sampai sabar pon agak2 macam makin tipis. tapi lepas 10 minutes mimie tetiba diam. tengok depan pintu, owh rupanya tuan dia dah pulang..think2..10 mins before tu entah dekat mane tuan dia, tapi dia tau tuan dia dah dekat2 dengan rumah. alahai best nya..siapa laa yang sanggup tunggu kita balik everyday macam si mimie tunggu tuan dia kan? kalau ada how nice..sumpah tak carik lain. hahahaha.

:D salam.