Emma Sharip Biz Boutique

Guest Book

Monday, December 27, 2010

Happiness is one of the few things in this world that doubles every time you share it with someone else...


my GF TIME MAKAN tanya, "awak buat ape je dekat rumah?" "tulis blog.." hehehe. so td aku pgi s.alam jap sebab pah n jue datang nak beli katil untuk rumah sewa diorang. buat fast-track x dapat duduk kolej. huhu. so dat day after pusing2 diorang dapat rumah sewa yang dekat dengan pintu belakang. ok laa. kedai dekat n kawasan tu memang ramai orang. insyallah selamat. hightlight dekat sini, kawasan tu dekat dengan i-city. hehe lpas ni bole ajak pah teman tgk lampu malam2. :D

seriuosly, rindu gle dekat diorang. sebab sepanjang cuti ni tak jumpe diorang langsung. except jue laa sebab pgi indonesia ari tu. lepas pelok2 dekat station minyak kitorang tros pgi kedai perabot somewhere around there. deng! xbole bla dekat station minyak. haha. pah n jue mmg dah pilih dah katil mane diorang nak. tp tunggu orang kedai tu pasang kan meja study jue. lme laa jugak. sempat duplicate key lagi. haha.

pah time tunggu perabot..


jue ade bakat engineer pgi site..haha



then, lepas meja jue siap pasang, kitorang tros pgi rumah sewa tu. dekat mane? kne tye diorang sendiri laa ek..rumah tu quite nice. setakat enam orang yang duduk memang cukup. tapi kalau nak sumbat sampai jadi sardin pon bole..hehe. 2nd toilet dekat rumah tu macam agak seram sikit sebab jauh dekat belakang. so kalau pah dah msok toilet yang lain memang merana laa. LOL.

tapi bagi aku kejam gila owner rumah tu sebab ambik deposit sampai 3 bulan. sikit pon xde simpati dekat students. kalau dapat yang anak orang susah memang berat nak sara living cost dekat sana. sewa rumah dah laa tinggi. nak bayar api air lagi. transportation lagi. makan minum lagi. study cost lagi. tu belom masok expenses yang kecik2 macam ubat kalau sakit ke, nak beli toiletries or sabun cuci baju ke. yang tadi kawan aku perabih duit nk beli perabot pon tak kira lagi. haiih manusia zaman sekarang. TAMAK!

hmmmm. back to happy mood. smile :D

lepas siap segala dekat rumah sewa tu, najwa sampai. then aku ajak diorang makan dekat rumah. haha. semua lapar. nampak makanan je masing2 jadi macam pirana.gendang gendut tali kecapi, kenyang perut jom zzzz. hahaha. tapi sebab ayah ada, so kawan2 aku ni macam agak segan2 pulak. ooops depan orang je tunjuk macam sopan ayu sume. depan aku??? ibu cakap, "biasa laa. perangai budak2.." next year dah twenty, bu. dah abes dah zaman teen tu. huhuhu :(

disebabkan tak tau nak buat apa dekat dorang + dah lme gle tak jalan2 dengan dorang, aku bawak diorang pgi bukit tinggi. shopping time babeh. hehe.

ade sign sila selongkar atas tuh..


pah n jue macam dah nampak bayang yang living cost akan tinggi lepas ni. dengan najwa yang memang penjimat, semua plan xnak keluar duit. bagus gak ade kawan2 macam ni. so aku pon xde laa boros sangat. najwa cakap: "kalau nak beli something mesti kte akan pk btol2. kalau dah confirm tak rugi beli, baru datang balik kedai tu.." aku cakap: "kte pk jugak. tapi kte pk kalau datang balik nanti entah2 barang tu dah abes. so better tros ambik.." hahaha. nampak x ade perbezaan karakter di sana. sila ikut contoh yang baik ye. so kalau aku nak beli barang nanti mesti ade soalan2 sampai aku rasa "not this time kot.." ok2. tak yah membebel. sila fikir balik niat nak menambah koleksi GUESS awak ye. deng! kena tembak. deng! deng!

since semua orang tengah excited pasal rumah sewa, kami telah sama2 membuang masa dekat Harvey Norman. best rupanya shopping barang rumah ni. excited try sofa yang lagi best dari tilam dekat rumah. tilam dekat sne tak yah cakap laa kan. kalau tdo tunggu mak jerit baru bangun. hehe. then pergi tempat fridge. wow. kalau panas bole menyorok dalam tu kjap.

jue n pah tengah berangan dengan fridge 'baru'


najwa nak jugak..ngeh3


"nak washing machine paling mahal gak. tak kira!!"


lepas kelua dr harvey norman, jue ajak carik subway. dekat klang mmg xde laa kan. paling dekat pon dekat plaza masalam, s.alam. huhuhuhu. terpaksa laa aku minyak diri sebab time tu dah pukul 6. and ibu selalu pesan, anak dara tak elok kelua malam. hehehe. skema nya aku macam tak pernah buat. :P

well, even keluar dengan diorang macam agak kejap tapi mmg best. lagi2 ade najwa yang bising ala2 menceriakan suasana gitu. haha. last pose.


salam.